Code Editor baharu

LEAP menggunakan CodeMirror sebagai editor (melalui ngx-codemirror angular wrapper). Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan pada plugin tersebut, antaranya;
1) bundle size yang terlalu besar
2) copy/paste operation tidak berfungsi dengan baik pada touch device
3) caret position pada 0 disetiap baris akan menutup virtual keyboard (cth: bila backspace pada line ke-3, keyboard akan tertutup bila sampai diawal line tanpa pergi ke line ke-2)
4) codemirror plugin tidak berfungsi dgn baik (cth: placeholder)

Utk keperluan LEAP, fungsi yg diperlukan cuma auto-indent dan auto-close bracket, dan mungkin syntax highlight.
Utk itu, kami bercadang utk membangunkan sendiri code editor yg kecil, ringan, berfungsi dengan baik dalam mobile dan cukup-cukup memenuhi keperluan LEAP. Kami juga berpendapat, penggunaan CodeMirror adalah ‘overkill’ utk fungsi yg diperlukan.

Code editor baru ini akan dibangunkan dalam masa terdekat dan akan digunakan oleh LEAP untuk kemaskini yg seterusnya. Dan semestinya, cabang projek ini juga akan dikongsi sebagai sumber terbuka, selaras dengan aspirasi LEAP utk menggalakkan lebih banyak perkongsian ilmu dan inovasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *