Dengan bertambahnya sistem yang dibangunkan dengan LEAP, fleksibiliti LEAP merupakan antara fokus utama kami. Banyak yg telah dipelajari dari keperluan yg pelbagai dari creator2 kami sebelum ini. Salah satunya ialah process flow design.
Efektif malam ini, process flow designer reka telah dinaiktaraf untuk menyokong action yg lebih dinamik. Sebelum ini, cuma terdapat beberapa action yg disokong LEAP (approve, reject, return) dan perjalanan tier proses cuma satu arah melalui mekanisma pointer. Kaedah ini sesuai untuk kebanyakan process flow, tapi sedikit terhad. Untuk itu, kemaskini kali ini membolehkan creator membuat sendiri action mengikut keperluan.
Selain itu, ini juga membolehkan action utk melompat tier (ke belakang atau ke depan). Preset juga turut disediakan untuk behavior action asal LEAP (approve, reject, return). Yang pastinya, process flow designer LEAP yg terkini lebih fleksibel dan versatil. Bagi yg telah design process flow sebelum ini, process tier anda telah di convert secara automatik untuk menyokong format baharu.
