Tambahbaik QR Scanner

Teknologi web bergerak dengan agak pantas. Banyak perkara yg sebelum ini cuma eksklusif untuk native app sudah boleh digunakan pada web melalui kaedah hibrid atau PWA, dan ia sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, Media Stream API yg digunakan untuk QR Scanner dlm LEAP. Sebelum ini, kualiti web API untuk mediastream mungkin agak kurang memuaskan jika dibandingkan dengan API kamera yang digunakan oleh native app. Ini sedikit sebanyak mempengaruhi keupayaan imbasan QR. Tapi keadaan mungkin berubah dengan ImageCapture API yg memberikan akses kawalan kamera kepada aplikasi web. Untuk browser/phone yang menyokong ImageCapture, sensitiviti dan kecepatan imbasan QR dalam LEAP akan meningkat dari 8 ke 10 kali ganda lebih baik dari sebelumnya(bergantung kepada kualiti kamera pada peranti).

Dengan pertambahan aplikasi yg menggunakan QR dalam LEAP, penambahbaikan pada QR scanner ini pastinya akan memberikan pengalaman pengguna yg dipertingkatkan.Selain itu, QR scanner LEAP juga sudah menyokong kawalan pada lampu flash peranti (jika ada) untuk membolehkan imbasan berfungsi dalam tempat yg kurang pencahayaan.Untuk pengguna LEAP, anda tidak perlu risau dengan pergerakan teknologi yg pantas. We’ve got your back!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *